assalamuallaikum wr.wb
10 Hikmah Silaturahim
Gambar hiasan |
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan tentang pentingnya
membina hubungan silaturahim. Sebagaimana dalam sabda baginda
:“Seseorang berkata: ‘Ya Rasulullah, beritahukan kepadaku amalan yang
akan memasukkan aku ke Surga dan menjauhkanku dari Neraka.” Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan: “Engkau beribadah kepada Allah
dan tidak menyekutukan sesuatu dengan-Nya, menegakkan solat, menunaikan
zakat, dan menyambung silaturahim’.”
(HR. Al-Bukhari, 3/208-209, Muslim no. 13).
Dalam hadits lain juga disebutkan keutamaan lain dari silaturahim, iaitu
akan dipanjangkan umur dan dilapangkan rezkinya. Betapa besar keutamaan
dari silaturahim.
Berikut ini sepuluh perkara terpuji (hikmah) dari silaturahim menurut Faqih Abu Laits Samarqandi rahimahullah:
1. Di dalamnya terdapat keredhaan Allah swt., kerana silaturahim adalah perintah-Nya.
2. Menggembirakan sanak saudara. Rasulullah saw. bersabda, "Amal yang paling utama adalah menyenangkan hati orang yang beriman."
3. Malaikat merasa senang.
4. Orang Islam akan memujinya.
5. Syaitan sangat bersedih.
6. Silaturahim dapat memanjangkan umur.
7. Silaturahim menyebabkan keberkatan rezeki.
8. Orang-orang yang telah meninggal [ ibu bapa ] merasa senang bila mengetahui perbuatannya itu.
9. Dengan bersilaturahim, hubungan antara muslim bertambah erat . Jika
kita menolong seseorang dan bermurah hati terhadap seseorang, maka pada
waktu kita mengalami kesusahan dan mempunyai keperluan, ia akan menolong
kita dengan sepenuh hati.
10. Setelah meninggal, kita akan selalu memperoleh pahala kerana siapa
saja yang kita tolong, ia akan selalu mengingat kita dan mendoakan kita.
No comments:
Post a Comment